Sunday, February 13, 2011

Kes Beng Hock: Suruhanjaya tolak singkir pegawai pengendali


14/02/2011 1:00pm

KUALA LUMPUR 14 Feb. - Suruhanjaya Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock menolak permohonan keluarga setiausaha politik exco Selangor itu untuk menyingkirkan pegawai-pegawai pengendali yang terdiri daripada timbalan-timbalan pendakwa raya.

Suruhanjaya yang dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen turut memutuskan untuk meneruskan prosiding tanpa menunggu keputusan semakan inkues yang difailkan oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Prosiding ditangguhkan Selasa ini untuk membolehkan peguam yang mewakili keluarga Beng Hock memfailkan semakan kehakiman terhadap kedua-dua keputusan itu.


SUMBER - Utusan

Penjaring terbanyak Piala Dunia, Ronaldo bersara

14/02/2011 11:58am

SAO PAULO, 15 Feb - Legenda bola sepak Brazil, Ronaldo, yang membantu negaranya memenangi Piala Dunia dua kali dan masih lagi memegang rekod penjaring terbanyak kejohanan tersebut, bersedia mengumumkan persaraannya hari ini. 

SUMBER- AFP

Saturday, February 12, 2011

Adakah wajar BTN diminta olah semula kurikulumnya

KUALA LUMPUR, 13 Feb :PAS mendesak Biro Tata Negara (BTN) agar mengolah semula kurikulum yang selalu mengasak para peserta kursusnya agar bimbang dan takut bahawa bangsa Melayu akan hilang kuasa politik di negara ini.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika menyertai forum 'Masa Depan Kepimpinan Melayu' di Putra Word Trade Centre (PWTC) lewat petang semalam berkeyakinan penuh kuasa Melayu akan kekal sekurang-kurangnya 50 tahun lagi.

Saranan ini dikemukakan Mustafa di hadapan lebih 1,000 peserta Simposium Dilema Melayu yang dianjurkan oleh lepasan pelajar pro Aspirasi yang didokong sepenuhnya oleh Umno.

Turut menjadi penal adalah Tan Isa Samad (Pengerusi Felda) dan Datuk Johan Jaafar (Pengerusi Media Prima) manakala moderatornya adalah bekas Ketua Pengarah BTN, Tan Sri Dr Nordin Kardi.

Turut berada di dewan ketika itu adalah Pengerusi Perkasa Datuk Ibrahim Ali serta Datuk Seri Shahidan Kasim, bekas Menteri Besar Perlis di samping lain-lain pemimpin Umno.
Media telah dilarang masuk ke program ini namun wakil Harakahdaily yang mengiringi Mustafa telah dibenarkan masuk.

Menurut Mustafa, cara BTN memberikan indoktrinasi kepada para pelajar kononnya jika Melayu tidak bersatu di bawah Umno, kuasa Melayu akan hilang adalah tidak benar.

"Jika Melayu tidak bersama Umno, mereka akan bersama PAS, iaitu masih kekal di tangan orang Melayu," katanya di majlis itu yang disambut tepukan gemuruh dari para pelajar universiti yang menjadi peserta program itu.

Mustafa berkata, dengan kerusi Melayu sebanyak 112 dari 222 kerusi semuanya, tidak ada sebab untuk kuasa Melayu di negara ini hilang kecuali Umno sebagai pihak yang berkuasa sekarang terus mengecilkan kerusi orang Melayu sebagaimana yang dibuatnya pada tahun 2003.

Dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya pada 2003, kerajaan yang dikuasai Umno tidak menambah sebarang kerusi Parlimen untuk negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis iaitu negeri-negeri yang ramai orang Melayu.

Padahal negeri-negeri lain telah mendapat penambahan kerusi Parlimen yang sangat ketara.

"Apabila saya, ketika itu mewakili PAS yang memimpin kerajaan negeri Terengganu, berbincang dengan SPR, mereka kata akan menambahkan sekurang-kurangnya dua kerusi Parlimen untuk Terengganu.

"Tetapi apabila ia dibentangkan di Parlimen, tidak ada satu pun kerusi Parlimen ditambah di empat negeri orang Melayu tersebut.

"Alasannya Umno bimbang kalau-kalau kerusi-kerusi itu dimenangi oleh PAS, ia akan merugikan Umno. Ini semua berlaku kerana Umno berfikir dari segi kepentingan politiknya semata-mata (bukan Melayu sebagaimana yang dikatakannya)," kata Mustafa.

Dalam seminar itu juga, Mustafa mengajak semua peserta simposium itu yang semuanya orang Melayu agar kembali kepada Islam kerana Islam penuh dengan nilai yang akan menaikkan kualiti orang Melayu.

ADUN Kerdau Meninggal Dunia

KUANTAN, 12 Feb – Anggota Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim meninggal dunia selepas terjatuh di dalam bilik air akibat serangan jantung di rumahnya di Kerdau, petang ini.








Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Noor Mansor berkata pihak Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh mengesahkan Zaharuddin, 63, meninggal dunia di hospital berkenaan pada jam 7.15 petang.
“Datuk Zaharuddin disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung,”.
Zaharuddin sebelum ini pernah dua kali dimasukkan ke hospital berkenaan kerana mengalami komplikasi buah pinggang dan jantung serta tekanan darah tidak stabil pada Mei dan November tahun lepas.
Zaharuddin juga pernah menerima rawatan lebih dua bulan di Institut Jantung Negara kerana komplikasi buah pinggang dan jantung selepas menjalani pembedahan ulser usus di HOSHAS pada Mei lepas.
Sementara itu, anggota Parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohamed Said berkata Zaharuddin yang terjatuh di dalam bilik air di rumahnya itu telah dibawa ke HOSHAS dan dimasukkan di unit rawatan rapi, bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika diberi rawatan.
“Menurut pembantunya, Datuk Zaharuddin sebelum itu mengadu sakit perut dan pembantunya membawanya ke bilik air, tiba-tiba beliau terjatuh dan tidak sedarkan diri,” katanya ketika ditemui di HOSHAS di sini.
Ismail berkata Allahyarham ketika itu sedang bersiap-siap untuk menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina di Temerloh.
Beliau berkata jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Taram, Kerdau selepas Zohor esok.
Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi. Beliau memperoleh 4,135 undi manakala Hassanuddin pula meraih 2,520 undi.
SUMBER - MEDIAUMNO

Transformasi Politik Beri Manfaat Selami Permasalahan Rakyat

KUALA LUMPUR, 12 Feb – Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melihat pertemuan bersama Ketua-ketua bahagian UMNO sebagai langkah yang baik dalam hasrat untuk memahami dan menyelami permasalahan rakyat.
Katanya, ini adalah sebahagian daripada transformasi politik yang akan jadi agenda utama dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN).












“Pertemuan itu adalah sebahagian daripada Pelan Transformasi Politik. Ia bermula (pertemuan beliau) dengan anggota Parlimen (dari Barisan Nasional), kemudian wakil rakyat negeri Sarawak dan kini ketua-ketua UMNO bahagian,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media perjumpaan khas semua Ketua Bahagian UMNO yang bukan Ahli Parlimen tidak termasuk Sabah dengan beliau yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.
Katanya, pertemuan tersebut sangat berfaedah kerana dapat mendengar hasrat rintihan rakyat lebih jelas selalin memahami permasalahan yang berlaku di peringkat akar umbi.
“Kita dengar pa masalah dalaman yang berlaku dalam sesetengan bahagian dan bagi nasihat untuk lakukan apa yang sepatutnya agar perjuangan parti terus padu,” katanya.
Beliau mengakui wujud beberapa masalah dalam beberapa bahagian UMNO tetapi tidak sampai rapuhkan UMNO seperti parti lain sehingga ada yang sanggup keluar parti.
“Tentunya kita tidak akan dapat seselsaikan 100 peratus masalah yang berlaku tetapi sekuarng-kurangnya kita boleh jadikan ia seminima mungkin dan tidak menjejaskan kelicinan dan kelancaran proses dalam pentadbiran UMNO.
Dalam masa yang sama, beliau turut mengulas berkaitan peletakan jawatan presiden Mesir, Hosni Mubarak, semalam.












“Saya berharap proses peralihan kuasa di Mesir berjalan dengan licin dan tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini seperti ketegangan dan keganasan yang serius.
“Saya yakin rakyat Mesir dapat menentukan nasib dan masa depan mereka dan saya berharap bahawa keadaan ini dapat diuruskan dengan baik sehingga tiba masa untuk mengadakan pilihan raya umum,” katanya.
Katanya senario di Mesir tidak boleh disamakan dengan keadaan di Malaysia apatah lagi rakyat faham dan matang membuat penilaian berlandaskan apa yang berlaku.
“Kita sejak awal lagi sentiasa menyedari perkara yang perlu diutamakan sebagaimana apabila kita menekankan rakyat didahulukan. Apapun dasar kita, program kita maka prinsip utama mesti mendahulukan iaitu meletakkan rakyat di tempat utama,” katanya.
Beliau berharap agar rakyat Mesir yang mahukan perubahan akan mendapat sebuah kerajaan baru yang akan memenuhi kehendak mereka, iaitu kepada perubahan yang akan memberi kepuasan kepada mereka.
SUMBER – MediaUMNO

IKLAN

DETOX FOOT PATCH KOYOK KAKI HILANGKAN TOKSIN


Anda mahu memulakan perniagaan sendiri tetapi tidak tahu apa yang mahu dijual? Bisnes jual detox foot patch adalah jawapan terbaik. Bisnes paling laris ketika ini. Kami dapat bekalkan kepada anda dengan harga borong. Anda perlu cepat kerana stok kami cepat habis (bukan ayat pancing kerana kami memang selalu kehabisan stok)
HARGA DETOX FOOT PATCH WHITE


 
BILANGAN (KEPING)HARGAKOS POS
100RM65KOS POS ADALAH PERCUMA KESELURUH MALAYSIA UNTUK TEMPOH TERHAD
200RM130
300RM180
400RM240
500RM280
1000RM500
2000RM1000
3000RM1440
4000RM1840
5000RM2100
10,000RM3900
HARGA SLIMMING FOOT PATCH GOLD

 
BILANGAN (KEPING)HARGAKOS POS
100RM70KOS POS ADALAH PERCUMA KESELURUH MALAYSIA UNTUK TEMPOH TERHAD
200RM140
300RM210
400RM280
500RM325
1000RM600
2000RM1200
3000RM1650
4000RM2000
5000RM2350
10,000RM4200

 

Buat Pembelian Anda Sekarang!!!

 





Produk akan dihantar melalui pos laju dalam tempoh 1-5 hari waktu bekerja.


Kenapa Anda Mesti Beli Dengan Kami?
Awas dengan produk tiruan!!!
Perbezaan Antara Yang Asli Dengan Tiruan


Fakta-fakta Tentang Toksin dan Foot Patch

 
Tahukah anda kandungan toksin yang merbahaya di badan anda sekarang?

Tahukah anda dengan pencemaran, permakanan dan cara hidup anda sekarang menyebabkan kandungan toksin yang merbahaya telah meningkat di dalam badan anda.

Tahukah anda Foot Detox Patch (koyok kaki) membuang toksin badan telah lama di gunakan di Asia dan telah mula popular di Eropah dan Negara-negara timur tengah.

Jangan simpan toksin dalam badan anda. Gunakan foot patch untuk pembuangan toksin dalam masa yang sama memberi kesihatan yang baik kepada anda!

Dapatkan pelekat buang toksin yang murah dan berkesan di pasaran. Tiada bahan terlarang dalam kandungannya. Penggunaan hanya 6-8 jam sehari.
Hanya herba2 terpilih!

Mencegah lebih baik daripada mengubati.

Tubuh manusia akan menyahtoksin jauh dari hati dan toksin ini akan disimpan di bahagian bawah badan atau kaki. Herba dan bahan semulajadi yang digunakan dalam detox patch ini memanaskan tapak kaki dan membuka ruang lubang akupuntur dan ini membolehkan detox patch ini menarik keluar toksin dari badan secara lembut dan perlahan.
Adakah anda mempunyai simptom-simpton berikut:
 
  • kerap sakit kepala atau migrain?
  • sembelit atau susah buang air besar?
  • masalah jerawat yang tidak pernah sembuh?
  • terasa banyak angin dalam badan?
  • lemah, letih, lesu dan tidak bermaya?
  • susah turunkan berat badan walaupun berdiet?
  • susah bangun tidur atau tidur tidak nyenyak?
  • alergik dan alahan?
Jika anda mempunyai simptom-simptom diatas adalah tidak syak lagi badan anda mempunyai toksin yang berlebihan. Jangan lagi ragu-ragu untuk memilki Suria Detox Foot Patch kerana nilai kesihatan anda adalah melebihi nilai wang anda.
 
Ia Bertindak Ketika Anda Sedang Tidur

Fungsi-fungsi Foot Detox Patch
  • Membuang toksin dlm badan, air berlebihan & cegah bau kaki
  • Membuatkan badan menjadi lebih bertenaga
  • Mengurangkan allergic, sakit sendi,
  • Mengurangkan Sakit kepala, migrain atau tekanan kerja
  • Menormalkan tekanan dan aliran darah
  • Menguatkan sistem immune badan
    Melegakan sakit tumit & tapak kaki
  • Mengurangkan sembelit, Kembung perut
  • Membantu masalah jerawat/resdung
  • Mengurangkan Diabetes, Kegemukan
  • Mengatasi masalah sukar tidur
  • Berpanjangan penggunaan ubat
  • Bekerja dengan bahan kimia seperti cat, larutan pembersih dll
  • Menyegarkan ketika bangun dari tidur
  • Mengurangkan sakit gout, sendi, juga untuk perokok
 
KANDUNGAN
Wood Vinegar Distillate, Bamboo vinegar Extract, Carapace, Combined Plant power Distillate, Vitamin C, Cornstarch, Minus Ion.
Tanda-tanda Banyak Toksin
  • Kerap sakit kepala
  • Badan akan berasa letih tanpa sebarang sebab
  • Susah bangun tidur
  • Bahagian keliling mata gelap
  • Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengan, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit
  • Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi
  • Sinus
  • Berat badan meningkat
  • Kehadiran selulit
  • Masalah jerawat dan banyak lagi.
 
 
TESTIMONIAL
Setelah menggunakan Suria Detox Foot Patch apabila bangun pagi saya terasa amat nyenyak tidur saya. Bintik-bintik pada lengan saya kesan daripada kimoterapi yang saya lalui juga telah hilang.
Aalyia Losloso, Filipina

Saya menghidapi penyakit kencing manis dan darah tinggi. Setelah anak saya memberi saya mencuba produk ini selama 5 hari saya dapati penurunan yang mendadak penyakit saya. Kini saya hanya perlu menjaga pemakanan saya untuk memastikan penyakit yang saya alami ini tidak sampai ke tahap yang membimbangkan.
Aziz, Kedah

Saya mempunyai masalah membuang air besar. Setelah menggunakan produk ini ia menjadi lancar.
Syikin, Damansara
Perhatian!!!
Ibu mengandung dan menyusukan anak tidak digalakkan menggunakan Foot Detox Patch
 
CARA GUNA: MUDAH DENGAN 3T TAMPAL,TIDO,TOKSIN HILANG
  1. Setiap satu foot patch akan dapat sekeping pelekat.
  2. Basuh kaki dan keringkan, atau bahagian anggota badan sebelum menggunakan patch ini.
  3. Buka plastik & tampalkan foot patch (di sebelah yg ada tulisan) ke tengah2 pelekat tu.
  4. Kemudian tampalkan ke bahagian tengah tapak kaki. Boleh juga tampal dibahagian bermasalah seperti bahu, belakang badan, pinggang, lutut, pusat.
  5. Pakai sebelum tidur & esok bila bangun baru buka foot patch. Penggunaan selama 6 – 8 sewaktu tidur.
  6. Keesokkannya basuh kaki untuk hilangkan kesan kotoran. (Selepas dipakai foot patch akan berubah warna & sedikit berminya/berlendirk - kesan pengeluaran toksin dari badan).
  7. Kesegaran mula terasa, badan terasa ringan, untuk bekerja pun semakin bersemangat.
  8. Pad yang telah digunakan hendaklah dibungkus dan dibuang dengan betul. Jauhkan dari kanak-kanak. Ia bertoksin.


KESAN

 
SebelumSelepas
Kesannya akan dapat dilihat apabila warna kuning dan kering pada patch ini bertukar ke warna coklat atau hitam dan basah/lendir. Ini menunjukkan toksin ditarik keluar. Teruskan penggunaanya sehingga warna bertukar lebih cerah yang menunjukkan toksin badan telah dikeluarkan.
 

Pelajar Polisas ditemui mati lemas

13/02/2011 1:06pm

KUANTAN – Seorang pelajar Kolej Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) yang hilang selepas dihanyutkan arus laut semasa dia hendak mengambil bola, ditemui mati lemas di pantai Cherating, di sini pagi ini.
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata mayat Azlan Ahmad, 21, dari Felda Tanjung Jengka, Maran ditemui terapung di pantai itu pada kira-kira pukul 9 pagi.
Beliau berkata, dalam kejadian semalam, Azlan bersama bersama rakan-rakannya dari Polisas sedang bermain bola di pantai itu pada kira-kira pukul 5.30 petang apabila bola itu masuk ke laut.
Katanya, seorang rakan Azlan, Mohd Yusran Sharuddin, 21, cuba menyelamatkan Azlan yang kelihatan lemas, tetapi tidak berjaya, malah Yusran sendiri hampir lemas dalam cubaannya itu.
Beliau berkata, polis melancarkan gerakan mencari Azlan selepas menerima maklumat mengenai kehilangan pelajar itu.
SUMBER – Bernama