Saturday, February 12, 2011

Pelajar Polisas ditemui mati lemas

13/02/2011 1:06pm

KUANTAN – Seorang pelajar Kolej Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) yang hilang selepas dihanyutkan arus laut semasa dia hendak mengambil bola, ditemui mati lemas di pantai Cherating, di sini pagi ini.
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata mayat Azlan Ahmad, 21, dari Felda Tanjung Jengka, Maran ditemui terapung di pantai itu pada kira-kira pukul 9 pagi.
Beliau berkata, dalam kejadian semalam, Azlan bersama bersama rakan-rakannya dari Polisas sedang bermain bola di pantai itu pada kira-kira pukul 5.30 petang apabila bola itu masuk ke laut.
Katanya, seorang rakan Azlan, Mohd Yusran Sharuddin, 21, cuba menyelamatkan Azlan yang kelihatan lemas, tetapi tidak berjaya, malah Yusran sendiri hampir lemas dalam cubaannya itu.
Beliau berkata, polis melancarkan gerakan mencari Azlan selepas menerima maklumat mengenai kehilangan pelajar itu.
SUMBER – Bernama

No comments:

Post a Comment