Saturday, February 12, 2011

Transformasi Politik Beri Manfaat Selami Permasalahan Rakyat

KUALA LUMPUR, 12 Feb – Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melihat pertemuan bersama Ketua-ketua bahagian UMNO sebagai langkah yang baik dalam hasrat untuk memahami dan menyelami permasalahan rakyat.
Katanya, ini adalah sebahagian daripada transformasi politik yang akan jadi agenda utama dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN).












“Pertemuan itu adalah sebahagian daripada Pelan Transformasi Politik. Ia bermula (pertemuan beliau) dengan anggota Parlimen (dari Barisan Nasional), kemudian wakil rakyat negeri Sarawak dan kini ketua-ketua UMNO bahagian,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media perjumpaan khas semua Ketua Bahagian UMNO yang bukan Ahli Parlimen tidak termasuk Sabah dengan beliau yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.
Katanya, pertemuan tersebut sangat berfaedah kerana dapat mendengar hasrat rintihan rakyat lebih jelas selalin memahami permasalahan yang berlaku di peringkat akar umbi.
“Kita dengar pa masalah dalaman yang berlaku dalam sesetengan bahagian dan bagi nasihat untuk lakukan apa yang sepatutnya agar perjuangan parti terus padu,” katanya.
Beliau mengakui wujud beberapa masalah dalam beberapa bahagian UMNO tetapi tidak sampai rapuhkan UMNO seperti parti lain sehingga ada yang sanggup keluar parti.
“Tentunya kita tidak akan dapat seselsaikan 100 peratus masalah yang berlaku tetapi sekuarng-kurangnya kita boleh jadikan ia seminima mungkin dan tidak menjejaskan kelicinan dan kelancaran proses dalam pentadbiran UMNO.
Dalam masa yang sama, beliau turut mengulas berkaitan peletakan jawatan presiden Mesir, Hosni Mubarak, semalam.












“Saya berharap proses peralihan kuasa di Mesir berjalan dengan licin dan tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini seperti ketegangan dan keganasan yang serius.
“Saya yakin rakyat Mesir dapat menentukan nasib dan masa depan mereka dan saya berharap bahawa keadaan ini dapat diuruskan dengan baik sehingga tiba masa untuk mengadakan pilihan raya umum,” katanya.
Katanya senario di Mesir tidak boleh disamakan dengan keadaan di Malaysia apatah lagi rakyat faham dan matang membuat penilaian berlandaskan apa yang berlaku.
“Kita sejak awal lagi sentiasa menyedari perkara yang perlu diutamakan sebagaimana apabila kita menekankan rakyat didahulukan. Apapun dasar kita, program kita maka prinsip utama mesti mendahulukan iaitu meletakkan rakyat di tempat utama,” katanya.
Beliau berharap agar rakyat Mesir yang mahukan perubahan akan mendapat sebuah kerajaan baru yang akan memenuhi kehendak mereka, iaitu kepada perubahan yang akan memberi kepuasan kepada mereka.
SUMBER – MediaUMNO

No comments:

Post a Comment